3D Letter F

Friday 13 May 2016

~ Dari darjah satu aku suka kamu ~
"Assalamualaikum kak,boleh mintak pinjam pensel warna tak?anak saya tak bawa pensel warna sebab tak tahu peperiksaan ini nak kena guna warna ni semua",tanya mak cik seorang ni yang tak diketahui siapa namanya.Yang penting dia tanya umi aku.Takkan aku pulak nak sibuk.Aku pun pandang muka umi sebab nak tau apa jawapan umi."waalaikumussalam,oh nk pinjam pensel warna.Kejap eh?nk tengok anak dah sudah ke belum guna warnanya.Umi pun kalih kepada aku,"dah siap guna ke belum,ada makcik nak pinjam warna untuk anak dia,"kata umi kepada aku.Aku jeling mak cik tadi.haha.gengster tak gengster nya aku ni.Lain kali kalau dah tau ada ujian bawak la warna sendiri,ni nak pinjam pinjam pulak,kata-kata hanya mampu diluah dalam hati.Dengar dek umi mahu kena pelangkung nanti."Ambil la umi,ala dh siap dah pun jawab.Nak bagi dia pinjam,bagi ajalah,"aku malas nak cakap banyak.Karang tak bagi kata sombong pulak.Umi pun bagi warna kat makcik tadi.
Anak makcik tu pun senyum jer.Alahai manisnya senyuman,boleh cair kalau macam ni.Dahla baru darjah satu dah pandai pandai nak ngorat eh.Eh,yang aku perasan ni kenapa.Hehe.Lupa nak bagitahu,ujian ni untuk menentukan kelas ke berapa kita akan duduki untuk kemasukan ini.Kira budak 'selected' je yang boleh masuk sekolah ni.Nak kena jawab soalan soalan bagai.Kecik kecik dah kena kerah kepala otak jawab periksa.
Masa tadika 5 tahun,aku sekolah tadika kemas je.Tak best langsung,hari hari kerjanya menyanyi makan rehat sambung menyanyi dengar cerita.Dan sepanjang aku sekolah kat situ tiap tiap hari aku nangis.Haha,bukan tak simpati dekat umi tapi aku tak suka sekolah situ.Tak tahu kenapa.
Masuk 6 tahun dia dah bijak sikit.Umi pindahkan aku kat tadika islam.Sekolah ini sekolah dalam masjid.Seronok sikit belajar kat situ mungkin dapat rasa ketenangan dan kedamaian kot.Chewah.Tapi 'habit' yang suka nangis tu tak boleh tinggal.Kalau mood ok jer dia tak nangis.Budak cengeng betulkan?.Haha.Dah habis 6 tahun,nak masuk darjah 1,mau pening umi walid cari sekolah untuk aku sebab takut aku nangis lagi.Hehe.Baik kan umi walid.Ting!!Anaknya tak habis habis menyusahkan sampai ugut umi walid."Kalau pilih sekolah pagi lain sekolah petang lain,ala takkan pergi sekolah petang,"bentak aku."Habis ala nak sekolah macam mana sayang?",kata walid tak pernah tinggi suara walaupun aku marah-marah."Nanti umi tanya kawan kawan kawan umi kalau ada sekolah satu sesi",nyampuk umi beri idea kepada walid.Aku pun dah senyum senyum ceria dengar cadangan umi tu.Aku kira idea tu agak bernas.Hehe.Sebenarnya umi aku ni seorang guru di Kafa Integrasi tapi aku tak berniat pun nak sekolah sama dengan umi tu yang terpaksa buat perangai tak serupa orang.Nak terus terang takut kena marah.
Oii,berangan ke apa?Tu Cikgu mintak kau perkenalkan diri,"kata Farahin.Lesap fikiran dan kenangan tadika dalam sekelip mata."Ko ni nak tegur pun bagi la salam dulu.Ini dok oii oii plak.Aku ni dah la bekas pesakit jantung tau?kalau jadi apa apa kat aku tadi macam mana",bebel aku kepada Farahin.Padahal muka dah malu sebab berangan dalam kelas.Walaupun baru darjah satu,tapi semua orang ada perasaan beb.Malu gila kot bila semua orang pandang."Saya Izzati Fadhilah.Boleh panggil apa apa jer,tak kisah.Saya tinggal di Sek.16.Saya anak bongsu dr 4 beradik,"kata aku untuk memperkenalkan diri.Nak dijadikan cerita masa aku perkenalkan diri,ada sorang mamat ni senyum senyum kat aku.Bukan nak perasan sendiri eh,tapi aku cuba ingat balik kat mana aku tengok senyuman yang boleh buat aku cair ni.Hah!dah ingat,mamat yang pinjam pensel warna waktu jawab periksa hari tu."Apahal senyum senyum pulak ni?Tudung aku senget ke?Muka aku comot ke?Ah lantaklah,dia nak pandang aku pun,mata dia"panjang aku bermonolog.Sampai waktu mamat tu perkenalkan diri,dia masih pandang aku."Nama saya Shahrul Asghor.Panggil Shahrul aja,tinggal kat sek.24.Anak bongsu daripada 5 orang",kata mamat yang 'suka' senyum tu.Haha,apa ke pelik la namanya.Panggil soghir la ade makna.Fikiran aku ni dah menerawang jauh dok memikir benda yang jahat jahat.
Selepas selesai semua perkenalkan diri,waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar.Kringggg!!waktu rehat la apa lagi.Semua menderu keluar pergi ke kantin.Farahin ajak aku ke kantin untuk makan bersama tapi awal awal lagi mak dia dah bekalkan makanan untuk dia tapi aku,walid dah bagi duit sebab aku tak sarapan apa apa pun kat rumah sebab umi walid masing-masing bekerja.Aku pun seluk poket,dalam poket aku rupa-rupanya ada duit RM50.Mak ai besarnya duit.Air mata mula nak mengalir turun.Asyik nak nangis je kejenya.Farahin pun terkejut kenapa aku nangis,aku tunjuk duit kat dia.Dia pun ternganga jer.
Walaupun masih darjah satu tapi aku dah bijak dalam bab bab duit ni.Dalam kepala otak ni dok fikir,boleh ke guna duit yang besar ni kat sekolah.Karang tak pasal pasal makcik kantin ni ingat aku mencuri duit.Dalam hati dah kecut,air mata tak berhenti-henti turun macam air hujan.Mesti walid salah bagi duit masa dia tinggalkan aku tadi.Nak telefon,duit kecik tak ada.Menangis je la kerjanya.Farahin ajak makan bekalan yang dibawanya.Tapi aku menolak sebab aku tau dia lapar.
Dalam hati berdoa supaya umi walid datang tengok dia kat sekolah.Yelah,first day mari la datang tengok anak makan apa.Mungkin 'instinct' umi kuat kot sebagai umi.Umi datang dengan walid menuju kearah aku yang sedang menangis."Lah,kenapa nangis ni adik?Dah makan ke belum?Kan walid dah bagi duit belanja.Kenapa tak beli apa apa makanan",kata umi sambil lap air mata yang berhenti mengalir ni."Walid bagi 50 macam mana adik nak belanja,duitnya besar",kata aku sambil sedu-sedu."Ya Allah,yeker walid bagi 50 walid tak perasan,walid ingatkan bagi seringgit sekeping",beritahu walid."Kenapa adik tak guna je duit tu?"tanya walid sekadar menguji aku rasa."Besar sangatla duit ni,nanti makcik tu kata adik mencuri tak pun guna duit nak bayar yuran.Adik takut la nak guna",kata aku jujur.
Masa kat kantin ada jugak terserempak dengan si soghir,ala mamat yang suka senyum tu.Dia sibuk sangat tengah makan sampai tak toleh kiri kanan.Khusyuk makan dengan kawan.Lepas walid bagi duit belanja terus pergi beli makanan dan makan la apa lagi.Farahin dah takda mungkin dah masuk kelas kot.Lepas jumpa mak ayah aku tadi,dia dah habis makan dah pun.Aku baru nak makan.Umi dan walid pun dah balik lepas aku habis makan.Tak sangka benda macam ni boleh berlaku.
Ok stop sampaii sini dulu,tunggu next entry aku citer lagi..

No comments:

Post a Comment